Emas Pamp Suisse dan KFH

Di sini, saya ada stok 100 gram emas x 2 ketul.
dengan harga RM 16200 seketul.

Hubungi 017 873 1030 jika ingin membeli.

Cash on delivery – Area shah alam.

 

Untuk Emas KFH – harga 162.5/gram.

ada 1 gram , 5 gram , 10 gram.

 

 

Dipublikasi di Uncategorized | Meninggalkan komentar

Jualan Syiling 1 Ringgit Tahun 1907

 

 

Year: 1907
Denomination: Satu Ringgit
Territory: Straits Settlements
Series: Era King Edward VII
Coin composition: Silver .900 Fine
Official Mintage: 4,152,652
Condition: As per picture above

Saya ingin menjual syiling lama saya ini.

Jika diikutkan nilainya – apa yang boleh dibeli dengan 1 ringgit ini pada tahun 1907 –

kalian boleh rujuk di laman ini.

http://umaralfateh.wordpress.com/2011/06/07/kiraan-inflasi-duit-ringgit-melalui-gaji-guru-1907-dan-2011-dan-harga-beras/

Maka di sini, saya meletakkan harga yang sesuai dengan nilai sebenar duit 1 ringgit ini pada tahun 1907 atau nilai sejarahnya pada hari ini.

Saya ingin menjualnya dengan pilihan di bawah (kalian boleh pilih yang mana lebih mudah bagi kalian)

1 – 950 kg beras (jika guna beras hancur 5-10% ) jika guna beras tanpa hancur – 900kg sahaja.

2 – 30 kg kurma ajwa (kurma nabi) atau 400 kg kurma basah

3 – Seekor kambing betina bunting + seekor kambing jantan

4 – 4 Dinar (apa-apa jenis dinar yang mempunyai berat 4.25 g dan ke atas) , Jika menggunakan dinar nabawi 4.5 gram – 3 dinar sahaja.

Penghantaran – Tunai di rumah saya, shah alam. Jika berlaku perubahan tempat penghantaran – saya akan menambahkan kos RM 100-150.

Berminat boleh hubungi no saya +6 011 1288 01 67 atau di email umar_alfateh@yahoo.com

Dipublikasi di Barang antik | 9 Komentar

Syiling Perak Australia – Perth Mint – Antik

Harga American Eagle -1850 rubel (sold out)

Ayam (3650 rubel) dan Lembu Australia ( 1800 rubel )

Ayam (3650 rubel) dan Lembu Australia ( 1800 rubel )

Ayam Australia 2 auns – Tahun 2005 – 3650 rubel

Lembu Australia 1 auns – 2009 – 1820 rubel (lembu ni, casing dia ada pecah sket, peraknya masih terjaga rapi)

Anjing Australia 2006 – 2 Auns – 3650 rubel

Dipublikasi di Syiling 1 Auns, Syiling 2 Auns | Meninggalkan komentar

Dinar Emas dan Dirham Perak Untuk Dimiliki

Dinar Islamic Mint Nusantara

Dinar Islamic Mint Nusantara- 6400 rubel

Dinar dan Dirham

Dinar dan Dirham

Bagi Warga Moscow.

Di sini, ada dua produk emas dan perak terbaru.
Berasal dari Indonesia, berpusat di Jakarta.

Dicetak dan diedarkan oleh Islamic Mint Nusantara.
Sejarah mereka dengan dinar dan dirham ini sudah lama.
sejak 2001 lagi mereka dengan gigih memperjuangkan dan menyedarkan msayarakat tentang peri pentingnya dinar dan dirham berbanding duit kertas yang sentiasa susut nilai.

Dinar Islamic Mint Nusantara dibuat dari campuran emas (22 karat @ 916 ) dan baki 2 karat lagi dicampur dengan perak seluruhnya.

Jika kalian mengetahui tentang emas 916 , yang biasanya dibuat untuk barangan kemas, kebiasaannya ianya dicampur dengan perak dan tembaga.

Berbeza dengan IMN, mereka mencampurkan hanya dengan perak semata-mata.

Dinar kelantan – campurannya Emas (91.6% ) , perak + tembaga ( baki 8.4%).

Harga 1 Dinar – 6400 rubel

1 dirham – 230 rubel.

Berminat boleh hubungi 8 903 0186 826 atau mesej di umar_alfateh@yahoo.com

Dipublikasi di Uncategorized | Meninggalkan komentar

Syiling Perak Pelbagai Negara & Dirham – 1 sehingga 8 Mei –

In sya Allah, saya akan berada di Malaysia bermula 1 Mei sehingga 8 Mei.

DI sini, saya mempunyai beberapa barangan yang diperbuat dari perak 999.

Bersedia untuk bertukar milik.

Syiling Rusia – Ag 999 – 1 Auns – 31.1 gram – Georgii Pobedonosets – RM 190

Syiling rusia3 rublia Georgii Pobedonosets - RM 190

Syiling rusia3 rublia Georgii Pobedonosets - RM 190

Syiling rusia , diberi nama Georgii Pobedonosets dengan nilai mata 3 rubel ( rubel nama matawang rusia ) –

Kini RM 1 = 10 rubel.
Nilai asal matawang perak Rusia suatu ketika dahulu , sangat tinggi nilainya.

Hari ini, apabila duit tidak lagi berasaskan kepada emas dan perak , harga 3 rubel perak 1 auns ini kini = 1600-1750 rubel dalam pasaran semasa di Moscow, manakala di negeri-negeri lain di rusia, kebiasaanya, ianya dijual 100 rubel lebih mahal dari Moscow.

Tika di zaman kemuncak era Soviet Union, 1 rubel = 1 usd.

Selepas kejatuhan Soviet, nilai rubel semakin hilang.

1 rubel pada Tahun 1898 – ianya punyai nilai 1/15 dari 17,424 delets emas murni. (delets – sukatan berat bagi bangsa rusia)

Yang saya jual, syiling perak tertulis tahun 2009 dan 2010.

Dikeluarkan oleh Bank Negara Rusia.

Untuk Tahun 2011 , syiling perak rusia, bukan berketulenan 999.

Dirham DGE – 1 dirham – RM 27

1 Dirham DGE (Dinar Gold Enterprise) - RM 27

1 Dirham DGE (Dinar Gold Enterprise) - RM 27

Punyai 100 dirham di dalam genggaman untuk bertukar milik.

1 dirham = RM 27.

Boleh rujuk blog http://publicdirham.blogspot.com/

Kapal Terbang Cook Island 1930′ – 1 Auns – RM 200/auns

Kapal Terbang Cook island

Kapal Terbang Cook island

Tekan gambar untuk dibesarkan.

Siri Koleksi Tahun Lunar Harimau – RM 210/auns

Wajah Depan - Tahun Lunar Harimau 2010 - Siri Koleksi

Wajah Depan - Tahun Lunar Harimau 2010 - Siri Koleksi

Pembelian satu set terus ( 4 auns) – RM 203/auns

Wajah belakang - Kerajaan Melawi

Wajah belakang - Kerajaan Melawi

Jika anda berminat dengan mana-mana syiling perak atau dirham yang disebutkan, in sya allah, kalian boleh mesej saya untuk tempahan ke email

umar_alfateh@yahoo.com atau

mesej  umar_alfateh di ym

Dipublikasi di Syiling 1 Auns | 2 Komentar

Dinar, Dirham dan Drachm Untuk Ditukar kepada RM – (1 -6 May)

In sya allah, saya akan berada di malaysia pada 1 May sehingga 6 May 2011.

Di sini, saya ada beberapa tawaran barangan dinar dirham dan drachm (syiling perak yang tiada kalimah Allah).

Cash on Delivery sekitar lembah kelang (tambah duit atau minyak motor 4 liter).

boleh email pada saya umar_alfateh@yahoo.com atau ym umar_alfateh

atau mesej +7903 0186 826

Bagi luar lembah klang, jika berminat, saya akan pilih seorang wakil untuk beli secara tunai dengan saya (biasa ahli keluarga), barang akan guna courier.

Shah Alam – tiada tambahan kos penghantaran.

Harga bagi yang di atas.

Dirham IMN (belian perlu 10 dirham ke atas)
10 – 50 keping – RM 25/dirham
50 Keping ke atas – RM 24/dirham
100 dirham ke atas – RM 23.20/dirham

Mapple Musim Luruh – RM 200/oz
Harimau gembira – rm 210/oz
Drachm Russia (3 rublia – georgii pobedonosets) – rm 195/oz
Kapal terbang Cook Island – rm 210/oz
Austria Filamornik – RM 185/oz

tanpa casing – beli tiga-tiga – harga – rm 175/oz

tiada dalam gambar :

1/2 dinar kelantan : harga web http://islamicmint.com.my/
1 dinar Muslim – RM 640
Dirham DGE – sekurang2nya 10 keping –
rm 27/dirham

Dipublikasi di Syiling 1 Auns | 4 Komentar

Anda Bertanya, Pokwe Membantu – Persoalan Dinar dan Dirham

Di sini saya berkongsi salah satu dari pelbagai persoalan yang biasa mengambil tempat mereka yang baru bermula dengan emas/perak.

Semoga bermanfaat buat kita semua.

Semoga Allah membantu kita mengajak manusia menyimpan dan memulakan muamalat sebenar.

——–

salam wbt.
nak bertanya tentang dinar n dirham, emas n perak

1. utk jual beli, adakah semua jenis wang emas n perak boleh digunakan? maksudnya yang ada keluaran kapal terbang, motor hijau tu utk apa? hanya utk collector ke? ke hanya dinar n dirham je utk jual beli?

2. kalau utk simpanan, better simpan dinar n dirham or jongkong emas n perak? kalau cukup setahun, dua2 jenis ni kena bayar zakat ke? bayar di mana? n siapa yang akan kirakan jumlah zakat yang perlu dikeluarkan?

3. harga dinar n dirham yang dikeluarkan lain2 orang berbeza ke? contohnya DnD kelantan dgn perak? kenapa berbeza? boleh beli di mana? n boleh ke guna yang keluaran mana2 (eg:kelantan) di mana2 part of the world?

4. apa pendapat ttg maybank gold saving passbook account? http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=INV-Investment&cntTypeId=0&cntKey=INV03.02&programId=INV03-Gold&chCatId=%2Fmbb%2FPersonal%2FINV-Investment

afwan banyak sangat bertanya, banyak lagi tak tahu, bila2 masa free harap boleh reply.
terima kasih.

—————————————————————————————

Waalaikumussalam warahmatullah.

1 – dalam berjual beli sebenar, semua jenis perak dan emas boleh digunakan sebagai matawang. dan sebenarnya, emas dan perak yang mana diterima , bergantung pada orang yang kita jumpa.

buat masa ni, dalam keadaan masyarakat masih tidak memahami emas dan perak, ianya menjadikan nak beli barnag guna emas perak jadi kes dia lebih kurang macam duit rubel. kalau rubel , hanya di rusia sahaja terima, kalau ringgit, malaysia sahaja terima.

cumanya, kes emas dan perak ni spesial sikit. bawa pergi mana2 negara dunia, semua mengiktirafnya sebagai barang berharga.

Yang jenis kapal terbang, motor dan lain2 bentuk syiling perak yang ada ni, skarang ni, memang kebanyakan yang belinya untuk collectors, tapi jika untuk jual beli sebenar, memang boleh guna jika orang faham.

jual beli tidak semestinya hanya menggunakan dinar dan dirham.
zaman kerajaan islam, dinar dirham adalah dalam kerajaan islam – biasa dicetak sekali dengan kalimah tauhid, bagi rom dan parsi, mereka juga guna syiling perak, namanya dinarius dan drachm , nama lain2 dan mereka tidak ada kalimah tauhid.

tapi penerimaan masyarakat dalam jual beli, dua2 sama.

2 – buat masa ni, kalau untuk simpanan, memang elok bar, sebab jika beli secara jumlah besar, elok beli bar terus, sebab harga kosnya dikurangkan.

tapi eloknya, dalam kita simpan bar, perlu juga simpan syiling. sebabnya, ianya sebagai persediaan kita jika sesuatu apa terjadi. emergency ke apa ke.

Jika untuk simpanan, saya cadangkan buat dua bahagian, separuh bar, separuh lagi syiling, syiling selain dari dinar/dirham di malaysia.

ini kerana syiling dirham di malaysia, harganya sekali ganda dari harga semasa di pasaran dunia.

Contoh saya berikan.

kamu ada rm 10 000 ,
simpanan bar – 40 %
coin – 40%
dinar/dirham malaysia – 20% (jika ada terjumpa peniaga jual barang terima dinar dirham, boleh terus guna)

2 – cukup setahun, emas dan perak perlu dikeluarkan zakat jkka cukup nisabnya. 1/40 atau 2.5% dari keseluruhan.

emas – 20 dinar keluarkan 1/2 dinar
perak – 200 dirham zakat – 5 dirham

atau jika emas cukup 88.8 gram disimpan selama setahun, keluarkan 2.22 gram daripadanya sebgai zakat.

dan jika cukup 622 gram perak , keluarkan 15.5 gram perak untuk zakat.

( ada dua pendapat besar mengenai nisab emas dan perak.

1- nisab emas = 20 dinar = 85 gram emas , zakat = 1/2 dinar (2.125 gram)

Nisab perak = 200 dirham = 595 gram perak , zakat 5 dirham @ 14.875 gram perak

2 – pendapat kedua seperti yang saya nukilkan di atas.

88.8 gram emas = 20 dinar

622 gram perak = 200 dirham

zakat = 1/40 @ 2.5% dari keseluruhan harta tersimpan.

**nisab emas ini, saya bekalkan dua pendapat ini, agar kalian tahu. Sumber, boleh cuba cari.

Emas zakat dengan emas, perak zakat dengan perak, tidak boleh keluarkan zakat emas dengan perak, zakat perak dengan emas)

kita perlu kira sendiri, semua simpanan kita.
kalau nak suruh orang lain kirakan, pastikan yang paling dipercayai.

bagi zakat ni, zaman sekarang, kita diajar hanya pusat zakat sahaja boleh kita bayar zakat, sedangkan dalam islam, bukan begitu.

kita boleh bagi sendiri pada 8 golongan zakat yang kita tahu.

berbalik pada soalan satu.
pasal kapal terbang, motor dan lain2 yang lagi mahal dari biasa.

saya sebenarnya ingin mengajak orang lain menyimpan harta, jadi, ada orang yang tak suka biasa-biasa ni, suka yang cantik-cantik, lawa-lawa, berwarna..jadi, dalam kesempatan itu, saya cuba menarik perhatian mereka dengan kecantikan design coin perak yng berwarna, walaupun mahal sedikit.

3 – pasal harga, asasnya, harga dirham di malaysia, semua merujuk kepada dirham kelantan.

dan harga dirham kelantan, hampir sekali ganda dari harga perak dunia.

beli 10 dirham kelantan (29.75 gram) dengan nilai ringgit yang sama, boleh beli 1 auns (31.1 gram perak) rusia/ lain2 negara.

dirham kelantan mahal sebabnya, dicetak di luar negara, kos, dan lain2 bab pengangkutan dan satu lagi, mereka berniaga,bila nama berniaga, sebolehnya mereka meletakkan keuntungan standard.

pasal kebolehgunaan itu, jika zaman islam dahulu dan zaman dunia bukan zaman ‘moden’ ni, setiap peniaga akan terima asalkan emas/perak walau dari negara manapun.

beli dimana? – banyak ornag persendirian yang menjualnya (wakala) , jika di kelantan, boleh beli di arrahnu.

cuba join group ni http://www.facebook.com/home.php?sk=group_130228377040193&ap=1 dalam ni, semua perbincangan tentang Dinar dan Dirham (DnD) ada.

4 – pasal maybank gold saving ni, saya tak galakkan kamu menyertainya, kebiasaannya, dan memang diakui dalam dunia penyimpanan emas dan perak, banyak penipuan berlaku dari sistem simpanan emas ni.

depa kata ada emas, tapi sebaliknya, emas tiada.
kita hanya bayar harga semasa sahaja.

saya lebih suka saudari beli emas/perak fizikal.

jika ada apa2 lagi persoalan yang tidak jelas, in sya allah, saya cuba membantu.

wassalamualaikum

Dipublikasi di Bijak Kewangan | Meninggalkan komentar